Sabda Nabi S.A.W
Hadis di atas menceritakan tentang salah satu penyakit yang menjadikan seseorang itu jauh daripada Allah Subhanahu Wataala bahkan segala amalan yang dikerja sia-sia belaka, kerana ianya dilakukan dengan berpaksikan kepada hawa nafsu bukan semata-mata kerana Allah. Penyakitnya di sebut sebagai hati batu atau hati keras. Penyakit ini membuatkan seseorang itu langsung tidak mahu mendengar apa-apa nasihat ke arah kebaikan. Mereka merasakan apa yang mereka lakukan adalah betul dan orang lain semuanya salah. Malah, kalau ada orang yang cuba menasihati atau membetulkan dirinya dianggapnya sebagai penyibuk atau pengganggu. Ya Allah ampunilah kami Ya Allah!
Hati yang keras
ini juga akan sentiasa mendorong untuk membuat maksiat dan kejahatan
dan merasa berat untuk berzikir dan membaca Al-Qur’an serta sangat malas
untuk melaksanakan segala jenis ibadat yang diwajibkan Allah Subhanahu
Wataala. Jikalau masuk waktu sembahyang ia akan merasa terbeban dengan
ibadat sembahyang itu bukan merasa bertuah berpeluang untuk sekali lagi
berhadapan dengan Allah Subhanahu Wataala dan juga kalau sudah
sembahyang, maka badannya sahaja yang sembahyang, sedangkan hatinya
pergi merayau ke sana dan ke mari.
Tetapi kalau
melihat suatu pertunjukan yang melalaikan seperti konsert, berseronok di
tempat-tempat maksiat dan sebagainya hatinya selalu terpanggil ke sana.
Dia sanggup bersusah payah mencari duit, membeli tiket, walau dengan
apa rintangan sekalipun dia tetap akan hadir ke sana dan merasa ringan
walaupun ia terpaksa mengorbankan apa jua yang diperlukan asal sahaja
maksud di hati dapat tercapai.
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati atau hati menjadi keras adalah:
- Mengaku kenal Allah Subhanahu Wataala, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
- Mengaku cinta kepada Rasulullah Sallallahualaihi wassalam, tetapi mengabaikan sunnah baginda
- Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
- Memakan nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wataala, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
- Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
- Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
- Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
- Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
- Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
- Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil iktibar darinya.
Jadi
bagaimana kita hendak mengubati hati yang keras ini? Rasulullah
Sallallahualaihi wassalam telah memberikan jawapan keepada kita semua
iaitu untuk mengubatinya ialah dengan Tilawatul Quran dan mengingati
mati. Selain itu, para ulama juga telah mengariskan beberapa panduan
untuk mengubatinya antaranya ialah dengan menjauhi maksiat samaada kecil
atau besar, melazimi amalan harian terutamanya membaca AlQuran,
memperbanyakkan berzikir kepada Allah, sentiasa mengingati mati dan
persoalan kubur, menghadiri majlis ilmu, muhasabah diri dan sebagainya.
Oleh itu, marilah bersama-sama kita menterjemahkan semua saranan yang
telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahualaihi wassalam untuk
mengelakkan hati kita menjadi keras dan berkarat, kerana apabila
berkaratnya hati maka kita tidak lagi dapat merasai nikmat dan kelazatan
berubudiyah kepada Allah Subhanahu Wataala.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar