|
KISAH-KISAH AL-QURAN
|
Sejumlah ayat-ayat al-Quran telah
memaparkan kisah dan cerita para nabi serta hayat kehidupan mereka. kerana di
sebalik kisah-kisah tersebut tersimpan pelajaran-pelajaran berharga dan
kisah-kisah tersebut pada hakikatnya adalah harta simpanan yang memiliki banyak
rahsia dan misteri, ayat-ayat tersebut telah mendapatkan perhatian dari para
sejarawan, penulis buku sejarah dan kisah-kisah para nabi as dan para peneliti
kajian agama secara istimewa. Setiap dari mereka telah mengambil pengetahuan
sesuai dengan kemampuan masing-masing dari mata air segar itu.
Sebelum kami memaparkan kisah-kisah para
nabi a.s. dengan berlandaskan al-Quran, perlu kiranya kami kemukakan terlebih
dahulu satu mukadimah penting yang dapat kita jadikan acuan dalam menelaah
kisah-kisah para nabi a.s. di dalam al-Quran.
Mukadimah ini akan memaparkan
pembahasan-pembahasan berikut ini:
Pertama, titik perbezaan antara
kisah-kisah al-Quran dan kisah-kisah lain.
Kedua, tujuan kisah-kisah
al-Quran.
Ketiga, faktor pengulangan
dalam kisah-kisah al-Quran.
Perbezaan antara Kisah-kisah Al-Quran dan
Kisah-kisah Lain
Secara dasar, kisah-kisah al-Quran sangat
berbeza dengan kisah-kisah lainnya dari berbagai segi dan sisi. Akan tetapi,
dapat dikatakan bahawa titik pembeza paling mustahak antara kedua jenis kisah
itu adalah tujuan yang hendak dicapainya. Pada hakikatnya, tujuan itulah yang
menjadi pembeza utama antara kedua jenis kisah itu.
Setiap orang yang ingin menceritakan atau
menulis sebuah cerita, ia pasti memiliki sebuah tujuan yang ingin dicapainya.
Sebahagian orang sangat meminati seni cerita kerana unsur seninya belaka.
Dengan kata lain, ia menekuni bidang seni ini supaya bakat seninya bertambah
maju dan berkembang pesat. Sebahagian yang lain menekuni bidang seni ini dengan
tujuan hanya ingin mengisi kekosongan waktunya. Dan kelompok ketiga menelusuri
kehidupan seni hanya ingin mengetahui dan menukil biografi dan sejarah generasi
yang telah lalu (seperti saya dan saudara).
Ringkasnya, setiap orang menekuni seni
cerita ini atas dasar faktor dan dorongan tertentu, serta ingin mencapai tujuan
yang diinginkannya. Hal itu dikeranakan seni cerita memiliki daya tarik khusus
yang tidak dimiliki oleh seni-seni lainnya.
Al-Quran pun tidak luput dari kaedah di
atas. Ia pun memiliki tujuan tertentu dalam kisah-kisah yang dipaparkannya.
Yang pasti, tujuannya di balik pemaparan kisah-kisah itu tidak terlepas dari
tujuan universalnya. Yaitu, hidayah dan memberikan petunjuk kepada umat
manusia, mendidik mereka secara benar dalam setiap sisi kehidupan, mengadakan
reformasi sosial secara mendasar, dan akhirnya menciptakan individu dan
masyarakat yang soleh, berkeperibadian Ilahi, dan beriman.
Tujuan Kisah-kisah Al-Quran
Jika kita menelaah kisah-kisah al-Quran
dengan saksama, kita akan memahami bahawa dengan perantara kisah-kisah itu
Allah ingin menyampaikan inti penting yang dikemas dalam bentuk cerita dan
kisah. Di antara tujuan-tujuan itu adalah sebagai berikut ini:
a. Membuktikan kewahyuan
al-Quran dan kebenaran misi Nabi Muhammad s.a.w.; semua yang disampainya adalah
wahyu yang turun dari Allah demi membimbing umat manusia ke jalan yang lurus.
Dengan memperhatikan kecermatan dan kejujuran al-Quran dalam menukil
kisah-kisah itu, kewahyuannya akan dapat dibuktikan. Al-Quran sendiri telah
mengisyaratkan hal ini ketika ia menukil kisah-kisah para nabi, baik di
permulaan maupun di akhir kisah. Ia berfirman,
“Kami akan menceritakan
kepadamu cerita terbaik dengan apa yang telah Kami wahyukan al-Quran ini
kepadamu meskipun sebelumnya engkau termasuk di antara orang-orang yang lupa
(baca : tidak mengenal kisah itu)”. (Q.S. Yusuf [12] : 3)
Setelah menukil kisah
Nabi Hud as, Ia berfirman,
“Itu semua termasuk dari
berita-berita ghaib (yang) Kami wahyukan kepadamu. Sebelum ini, engkau dan
kaummu tidak mengetahuinya. Maka, bersabarlah! kerana masa depan berada di
tangan orang-orang yang bertakwa”. (Q.S. Hûd [11] : 49)
b. Membuktikan kesatuan
agama dan akidah seluruh nabi a.s.. kerana mereka semua datang dari Allah,
intisari dakwah mereka adalah satu dan mereka mengajak umat manusia kepada satu
tujuan. Dengan mengingatkan kembali tujuan yang satu ini, di samping ingin menegaskan
kesatuan akar dakwah seluruh agama dan umat manusia, al-Quran juga ingin
menekankan bahawa intisari dakwah para nabi as tidak berbeza antara satu dengan
lainnya.
Tujuan ini telah sering
diisyaratkan dalam beberapa ayat al-Quran. Realiti ini dapat kita telaah dalam
surah al-A’râf [7] : 59, 65, 73, dan 85.
Sebagai contoh, Allah
berfirman,
“Kami telah mengutus Nuh
kepada kaumnya. Lalu, ia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah, tiada Tuhan
bagi kalian selain-Nya. Sesungguhnya aku takut azab yang besar terhadap
kalian”. (Q.S. Al-A’râf [7] : 59)
Menyembah Allah adalah
satu tujuan yang diproklamirkan oleh seluruh nabi dan rasul as.
c. Menjelaskan kesatuan
tatacara dan saranan para nabi as dalam berdakwah, kesatuan sikap mereka dalam
menghadapi masyarakat, bagaimana sikap masyarakat dalam menanggapi ajakkan
mereka, dan kesamaan adat-istiadat yang berlaku di dalam masyarakat ketika
mereka mulai berdakwah.
Realiti ini dapat kita
telaah bersama dalam surah Hûd [11] : 25, 27, 50, dan 61.
d. Menceritakan
pertolongan-pertolongan Ilahi terhadap para nabi a.s. dan menekankan realiti
bahawa peperangan ideologi itu pasti berakhir dengan kemenangan di pihak para
penolong Allah. Dengan demikian, para nabi a.s. akan semakin tegar dalam
menjalankan misi mereka, dan para pengikut mereka akan lebih bersemangat untuk
mengembang misi tersebut.
Realiti ini dapat kita
renungkan bersama dalam surah al-‘Ankabût [29] : 14-16, 28, 34, 37, 38, 39, dan
40.
e. Membenarkan
khabar-khabar gembira dan peringatan- peringatan Ilahi secara nyata dengan
memberikan contoh-contoh nyata tentang hal itu. Semua itu adalah suatu
implementasi dari rahmat Ilahi bagi orang-orang yang taat dan azab Ilahi bagi
para pembangkang.
f. Menjelaskan rahmat
dan nikmat Ilahi yang telah dicurahkan atas para nabi a.s. sebagai hasil
kedekatan hubungan mereka dengan Allah. Sebagai contoh, hal ini dapat kita
temukan dalam kisah Nabi Sulaiman, Daud, Ibrahim, Isa, Zakaria, dan lain-lain.
g. Mengemukakan
permusuhan kuno syaitan terhadap umat manusia di mana ia selalu menanti
kesempatan untuk menyesatkannya. Kisah Nabi Adam a.s. adalah sebuah contoh riil
untuk hal ini.
Faktor Pengulangan Kisah-kisah Al-Quran
Salah satu pembahasan penting yang mungkin
sering kita pertanyakan setiap kali kita menelaah kisah-kisah al-Quran adalah
mengapa sebahagian kisah al-Quran diulangi dalam surah yang lain?
Untuk menjawab pertanyaan itu, perlu kita
perhatikan dua faktor berikut ini:
a. Tujuan yang berbeza
menuntut pengulangan kisah. Setiap kisah yang disebutkan dalam sebuah surah
al-Quran tentunya demi mencapai sebuah tujuan tertentu. kerana terdapat tujuan
lain yang berbeza dengan tujuan tersebut, hal itu menuntut supaya kisah itu
diulangi lagi di surah lain demi mencapai tujuan yang lain pula. Oleh kerana
itu, jika satu tujuan telah menjadi faktor untuk sebuah kisah supaya disebutkan
pada sebuah surah, faktor lain yang berbeza dapat menjadi faktor tersendiri
untuk kisah itu supaya disebutkan lagi di surah yang lain.
b. Kerana dakwah Islam
melalui sesi yang berjenjang dan berbeza- beza, dan al-Quran juga turun sesuai
dengan tuntutan setiap sesi dakwah itu, secara logik kisah yang terdapat di
dalamnya sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai dalam setiap sesi dakwah itu
akan mengalami pengulangan dalam beberapa surah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar