Mati Dalam Keadaan Islam
Allah
swt. bersabda, "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan
dalam keadaan Islam". (A-li' Imraan: 102)
Dari
Syaidina Usman r.a. katanya Nabi saw. bersabda; "Sesiapa mati dalam
keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia akan masuk syurga."
(HR Muslim)
Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam (beriman), dia dijamin akan dapat masuk Syurga.
Sesiapa
yang mati dalam keadaan Islam, ada juga yang akan masuk Neraka untuk
pembalasan dosa tetapi dia tidak kekal di Neraka. Setelah selesai
hukuman, dia akan dikeluarkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga.
Sesiapa
yang mati dalam keadaan BUKAN ISLAM, dia tidak akan dapat masuk Syurga
dan akan masuk Neraka dan kekal di Neraka buat selama-lamanya.
Mati Tanpa Dosa

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. (Every soul will taste death. Then to Us will you be returned). (Al-Ankabut: 57)
Jangan takut mati.
Yang perlu kita takuti adalah azab siksa sesudah mati.
Akan ada azab kubur, azab di Mahsyar dan azab Neraka.
Azab siksa adalah balasan untuk sesiapa yang mempunyai dosa.
Allah
Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada
mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain
azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke
jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)
Untuk selamat dari azab siksa selepas mati adalah mati tanpa dosa.
Untuk mencapai matlamat mati tanpa dosa:
1. Jaga diri dari melakukan dosa. Perkara WAJIB, jangan tinggal. Perkara haram, jangan buat.
2. Segera bertaubat jika melakukan dosa.
3. Segera memohan maaf dan halal jika melakukan kesalahan kepada manusia lain.
4. Bayar
semua hutang. Pastikan waris tahu hutang kita dan ingatkan mereka untuk
membayar hutang tersebut jika kita meninggal dunia.
5. Sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dosa, keselamatan dan perlindungan dari siksa azab neraka dan siksa kubur.
وَ السَّلاَمُ

Tidak ada komentar:
Posting Komentar