Sudah menjadi
lumrah apabila manusia sentiasa hendak dilihat menarik dan menjaga adab
mereka walau di mana mereka berada di hadapan orang sekeliling. Kalau
boleh semuanya ingin nampak sempurna dan terbaik. Dari segala aspek
hidup, manusia akan menjaga tingkah laku sebaik-baiknya demi menjaga
nama baik dan maruah seperti di majlis keramaian, di pejabat, majlis
berbentuk protokol.
Manusia
mengaplikasikan peraturan yang dicipta manusia sendiri, tetapi malangnya
manusia lalai dalam mengaplikasikan peraturan yang hakiki yang dicipta
oleh Yang Hakiki iaitu Allah SWT. Manusia lupa bahawa mematuhi peraturan
sebenarnya yang akan dihitung, ditimbang dan dinilai di akhirat kelak
berdasarkan amalan dan tingkah laku sehari-hari adalah 'standard' yang.
Dan 'standard' inilah yang perlu dijaga sebaik-baiknya.
Menjaga 'standard' di pejabat
Kebanyakan
pekerja sememangnya menjaga nama baik, sama ada nama baik diri, kumpulan
mahupun jabatan. Waktu rehat pejabat secara umumnya adalah pada pukul 1
petang hingga 2 petang bagi pekerja awam dan swasta. Kebanyakan pekerja
yang sentiasa mengikut peraturan akan keluar rehat pada pukul 1 tepat
untuk melepak bersama kawan-kawan dan berborak sehingga hampir pukul 2
petang. Selepas itu, masuk semula ke pejabat pada pukul 2 petang,
pekerja tersebut belum lagi solat walaupun waktu solat Zuhur sudah
masuk.
'Eh.. dah pukul 2.00 lah. Aku naik pejabat dululah, tunjuk muka dulu, nanti turun ke surau untuk solat'.
Sampai begitu
sekali kah kita menjaga 'standard' di hadapan manusia? Sehinggakan kita
mengabaikan tahap 'standard' yang sepatutnya kita jaga di hadapan Allah.
Abdullah bin Mas'ud telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya.".
(Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih no.2782])
(Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih no.2782])
Astaghfirullahala'zim..
Kita sanggup melewat-lewatkan solat hanya kerana tidak sanggup
mendengar orang mengata kita. Kita sanggup mengabaikan 'pertemuan dengan
Kekasih' kita, mengutamakan pertemuan dengan manusia
Menjaga 'standard' di majlis keramaian
'Nanti aku nak
beli baju baru berwarna merah dan hitam sebab konsep tema Makan Malam
Tahunan kolej kita adalah warna hitam dan merah kan.."
'Alah..pakai sahaja baju yang kau ada, makan malam tu sekejap sahaja, jangan membazir..'
'Mana boleh, nanti orang akan pandang aku pelik dan mesti orang akan mengutuk aku sebab aku tak ikut tema'.
Betulkah fenomena seperti di atas selalu sahaja terjadi kepada kita? Astaghfirullahala'zim..
Selalu sahaja kita ingin mengejar peraturan yang dicipta manusia
sendiri. Jika boleh, sebaik-baiknya kita hendak dilihat mengikut
keseragaman dan sempurna di mata manusia. Tetapi kita lupa dan lalai
bahawa Allah sudah menetapkan peraturan berpakaian yang sepatutnya bagi
kaum Hawa dan Adam. Lantas, kita berlebih-lebihan, tidak menutup aurat
dan menunjuk-nunjuk asbab ingin lebih mulia di sudut pandangan manusia.
Tidak salah hendak mengikut tema sesuatu majlis selagimana tidak lupa
pada peraturan hakiki yang sebenar-benarnya. Namun, hakikatnya ramai
manusia lebih memilih untuk menjaga 'standard' di hadapan manusia lain,
sehingga tidak hairan lah ada yang lebih selesa berpakaian tidak menutup
aurat sebaik-baiknya. Malah ada yang berpakaian tetapi singkat dan
jarang. Hanya kerana tidak mahu dikatakan kolot dan tidak mengikut trend
dan fesyen.
Kita berlumba-luma untuk kelihatan anggun dan cantik di hadapan manusia.
Tetapi kita selekeh dan comot sekali di hadapan Allah. Tidak sedarkah
kita?
Mu'awiyah
bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya Rasulullah ,
bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda
menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi
milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya Rasulullah , bagaimanakah kalau ramai
orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab :
"Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku
masih bertanya lagi: " Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi
sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada Allah
daripada malu kepada orang lain".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sesungguhnya
kita hendak sahaja mengelakkan orang berprasangka buruk kepada kita,
kerana itu dalam segala aspek kita hendak menjaga 'standard' di hadapan
manusia, tetapi kita langsung tidak takut dan malu pada pandangan Allah
SWT terhadap kita.
Kita lebih mencari kecintaan manusia lain berbanding kecintaan kepada Allah SWT kepada kita.
Kita lebih inginkan kemuliaan manusia daripada kemuliaan Allah SWT kepada kita.
Kita meraih redhanya manusia daripada redhanya Allah SWT sehingga
sanggup mengenepikan hak Allah dengan melanggar perintah dan suruhanNya
hanya kerana ingin menunaikan haknya manusia. Teringat suatu ketika
Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda SAW iaitu Aisyah r.anha
lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda SAW
yang bermaksud:-
"Sesungguhnya
barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka
Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi
barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka,
maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia."
(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).
(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).
Justeru, manakah yang lebih baik? Yang lebih mulia? Yang lebih tinggi ? Redhanya manusia atau redhaNya Allah.. Lalu mengapa terlalu menjaga 'Standard' di Hadapan Manusia – Kenapa Tidak Kerana Allah?
Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan menjadi yang terbaik di hadapan Allah.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar